Tuesday, July 21, 2009

Sambung Cuti Lagi....

Ops saya dah berangan-angan dah untuk kembali bertugas ke sekolah kat Pulau Balambangan, namun hasrat itu tak tercapai kerana khidmat saya diperlukan oleh Jabatan Pelajaran sabagai pemain bola sepak untu kejohanan PSKPPS tahun ini. Memang dah berniat untuk kembali mewakili Kudat tahun ini tapi tak sangka pula dipanggil semua sedangkan terlalu ramai lagi pemain lain yang boleh bermain lagi baik dari saya. Mungkin kerana displin yang ada pada diri saya kot. hehehehe koto..... apa pun saya tetap happy. Semasa slot ini ditulis saya baru siap latihan pusat dan sedang berehat sebab kejohanan ini akan esok. Semoga kami dapat memperbaiki kedudukan kami pada tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Kudat Boleh.....

Wajah-wajah Kursus Induksi SSM K2A2-09

Secara keseluruhannya saya berasa sangat happy dan enjoy dengan kursus ini. Tapi paling boring masa duduk katv dewan dengar ceramah dan taklimat....... Boring Gila wwoooooooooooohhhhh. Koooooooooooo...Tooooooooooo
Mewakli Kumpulan Untuk Menerima Sijil Kehadiran

Group Kumpulan 2, Tanak Sabah


Bersama dengan rakan2 induksi pada persiapan malam Muhibbah


Aku & Mazlan (SMK Telaga Pitas)

Monday, July 13, 2009

Induksi + BTN

Sangat-sangat penat yang tak terhingga, bermula pada 29hb Jun hingga 09 Julai 2009 saya menghadiri kursus induksi di Borneo Paradise Beach Hotel. Pada 09 Julai itu juga saya terus ke Membakut Training Center untuk menghadiri Kursus Biro Tata Negara pla.
To be continue

Sunday, March 29, 2009

Pasukan Jabatan Pelajaran
Daerah Kudat
2009

Penat Tapi Berbaloi

Hai
Akhirnya berakhir juga pelepasan saya untuk menjalankan tugas rasmi kokurikulum mewakili Jabatan Pelajaran Daerah Kudat dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis IPD Kudat.
Jabatan Pelajaran Daerah diletakan dalam kumpulan B bersama dengan pasukan-pasukan yang hebat iaitu PGA, Pejabat Daerah & Lembaga Bandar Kudat.
Perlawanan pertama kami menewaskan pasukan Lembaga Bandar Kudat dengan 3-0, perlawanan kedua seri dengan Pejabat Daerah Kudat 1-1 dan seri dengan PGA 2-2 pada perlawanan terakhir kumpulan. Saya bermain semasa menetang Lembaga Bandar Kudat & PGA.
Pertemuan separuh akhir amat diimpikan tapi malangnya kami tewas 1-3 kepada pasukan Kesihatan. Bermain pada perlawanan ini tetapi dilayangkan kad kuning kerana terjahan kepada striker kesihatan yang lincah. Bagus antam dari kena bolos. hehehe
Perlawanan penentuan separuh akhir, menemukan kami dengan pasukan PDRM. Kami turun sebagai pasukan underdog kerana ramai pemain utama kami tidak dapat datang kerana kometmen lain. lebih memeritkankan kami cuma cukup-cukup 11 orang untuk sepasukan. Dalam hati sebelum main, harap-harap tidak la kena belasaha ni. Lawan kami bukan alang-alang power juga. Dalam perlawanan ini saya yang selalunya bermain sebagai benteng terakhir dalam pasukan diletakan sebagai pemain tengah serangan.
bermain masa pertama, baru 30 minit dah tiada nafas oh. tengok kat luar tiada pemain simpanan tepaksa tahan juga. tapi dah dapat kad kuning. permainan tak lah bagus sangat.
Masuk masa kedua, akhirnya dapat juga lakukan gerakan-gerakan yang baik membantu pemain serangan. tapi 5 minit sebelum tamat perlawanan, aku dah cedera dah. kaki kejang sebab tak cergaskan. akhirnya kami berjaya memangi perlawanan ini dengan keputusan 2-0 hasil jaringan radi dan robert pada masa pertama. Ucapan tahniah yang tidak terhingga buat Zaidin goalkeeper pasukan yang berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti PDRM.
Akhirnya dapat juga la medal gangsa untuk tempat ke-3.
PSKPPS Bahagian Utara sasaran seterusnya...

Wednesday, March 25, 2009

We Need Support

To: Prime Minister Of Malaysia
PEOPLE'S PETITION MEMORANDUM To :YAB DATO'SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI, PRIME MINISTER OF MALAYSIA. From :CONCERNED CITIZENS OF SABAH,MALAYSIA. Date :4th.March.2009 SUBJECT: APPEAL TO RECONSIDER THE USE OF THE WORD "ALLAH". Yang Amat Berhormat, WE,the concerned citizens of Sabah,are steadfast and guided by the belief in fairness and social justice and the provisions in the Federal Constitution of Malaysia that allows the freedom of religion of it's citizens.The word "ALLAH" has always been used by the Christians to refer to "God" in their publications and preaching without restrictions and knowledge that Christians in other Muslim countries such as Indonesia and Arabia,etc without any problem and the belief in the universality of the word "ALLAH". WE, humbly appeal to the conscience and the wisdom of YAB to reconsider the decision of the Home Ministry so that we can continue to belief in the fairness of the government. WE , the concerned citizens of Sabah Malaysia , humbly appeal that the Christians be allowed to use the word "ALLAH" in Bahasa Malaysia to refer to "GOD" in English
Sincerely,
The Undersigned

View Current Signatures

Thursday, February 5, 2009

Mana Standard Bola Sepak Kita????

Masih lagi merasakan tempias dan sia-sia kekalahan memalukan kepada Vietnam di Piala AFF & UAE di kelayakan Piala Dunia, ya memang terasa sangat.

Apa yang harus kita perkatakan sekarang ialah dimanakah standard bola sepak liga negara kita?

Mengimbau kembali pada kualiti dan prestasi liga bola sepak negara kita di era 8oan dan awal 90an, kita boleh mendabik dada menbanggai bola sepak kita pada masa itu, kalau di Asia sahaja nama Malaysia dalam kancah bola sepak boleh mengerunkan negara-negara seperti Korea Selatan, Iran, Jepun bahkan Thailand adalah pasukan belasahan kita.... England pula walaupun sekadar menghantar pasukan B kebangsaan mereka pada tahun 1994 namun mereka pulang dengan meninggalkan sejuta hamburan pujian kepada skuad bola sepak negara kita kerana kejayaan pasukan kebangsaan kita merobek gawang mereka dengan 2 jaringan yang mengkagumkan.

Tapi sayang seribu kali sayang, tinggal sayang tinggallah pujaan. Semuanya kini telah berlalu. Agak mustahil untuk kita melihat pemain negara kita kembali untuk merobek gawang England walaupun hanya menentang skuad bawah 21 tahun mereka. Sedang Thailand yang dulu mangsa ngaumam Harimau Malaya kini berulang kali membaham kita dengan rakusnya di gelanggang hijau. Lihat sahaja kualiti permaianan mereka semasa perlawanan menentang Iran dalam kelayakan Piala Dunia yang lalu, mereka berjaya mengekang Iran untuk berkongsi mata hasil keputusan 0-0 hasil permainan mereka yang berkualiti dan mantap. Jika dibandingkan dengan Malaysia, 6 kali ganda jauh lebih baik.

Ketika pasukan Asean yang lain kini semakin berkembang maju dalam bola sepak, kita pula masih terkapai-kapai mencari fomula untuk membina pasukan kebangsaan yang mantap.

Liga kita pula, walaupun perubahan demi perubahan yang dilakukan untuk memantapkan saingan bola sepak tempatan, namun tidak keterlaluan saya katakan bahawa sikap inginkan kejayaan dalam sekelip mata rata-ratanya menguasai kesemua badan-badan bola sepak negara. Melakukan perancangan jangka pendek tapi abaikan perancangan sepanjang zaman. Pelbagai alasan dibuat bila mendapat keputusan yang mengaibkan. Paling teruk, letak jawatan angkara mengelak terus dipersalahkan dengan alasannya bertanggungjawab atas perkara yang berlaku tapi sebenarnya jalan singkat untuk melarikan dari masalah tersebuta. Dengan kata lain Lepas Tangan.

Kesimpulannya, standard bola sepak negara kita di paras yang boleh dikatakan sebagai biasa-biasa saja. Kini liga Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia jauh meninggalkan kita. Bukitnya lihat saja pada carta rangking bola sepak dunia, lihat mereka di tangga berapa dan kita di mana pula? Memalukan!!!!!

Wednesday, February 4, 2009

Wajar Kah Dia Di Pecat???

Kenyataan jurulatih kebangsaan Satianathan selepas perlawanan menentang UAE lepas mengatakan Liga Bola Sepak Malaysia bukan bola sepak kemungkinan besar faktor dia dipecat. Kekalahan skuad kebangsaan kita kepada UAE memang sudah dijangkakan oleh ramai. Tapi kekalahan besar 5-0 agak sukar diterima oleh kebanyakan peminat bola sepak tanah air.

Tapi secara rasioanlnya, apa yang dikatakan oleh Satianathan ada benarnya. Liga Malaysia yang sekarang ini secara keseluruhannya menampilkan aksi permainan sama seperti Liga Divisyen 4 di Eropah. Bahkan Liga Bola Sepak New Zealand lebih baik daripada liga negara kita berdasarkan penampilan wakil mereka di Kejohanan Kelab Dunia di Jepun.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengembalikan era kegemilangan bola sepak negara kita? Secara jujur dan tepatnya ialah perubahan pada Ahli Tertinggi Badan Induk FAM. Bagi saya orang pertama yang perlu berundur presiden FAM itu sendiri, Sultan Ahmad Shah. Tolong lah letak jawatan tuanku. Secara realitinya Baginda telah berkhidmat berpuluh tahun dalam FAM. Mungkin di awal 10 tahun pertama, idea baginda mungkin mampu mengeluarkan banyak idea-idea yang mampu membantu prestasi bola sepak negara. tapi sekarang sekarang dah sampai masanya untuk baginda mengundur diri untuk memberikan laluan kepada "Orang Baru". Cadangannya ialah, FAM jangan terlalu bergantung kepada ahli politik untuk membangunkan bola sepak tanah air. Gunakan bekas-bekas pemain tanah air untuk membangungkan bola sepak negara kerana mereka mempunyai pengalaman yang banyak dalam bola sepak baik di dalam permainan atau pengurusan. Bukan seperti baginda yang hanya boleh melihat perlawanan dari kerusi VIP di stadium lepas itu komen ini itu tentang bola sepak. Sejak Satianathan melatih skuad negara, ada berapa kali baginda datang turun padang untuk memberi sokongan kepada skuad negara?

Bagi saya, jika tampuk pemerintahan Tuanku Baginda Sultan Ahmad Shah dalam FAM tidak mahu tamat, maka prestasi skuad bola sepak negara akan terus merundum selagi Tuanku Baginda presiden FAM. Mohon Tuanku Berundur Dari Kerusi Presiden FAM. Ampun Tuanku.

Hai jurulatih-jurulatih negeri, kelab @ semua pasukan yang bermain dalam liga negara ini. Kamu semua jangan cuba-cuba atau pandai-pandai mahu komen itu ini tentang pemecatan Sathianatan. Kamu semua juga perlu dipersalahkan atas kegagalan bola sepak negara kita di pentas antarabangsa. Kenapa? kerana kamu semua gagal menyediakan pemain yang benar-benar berkualiti kepada skuad kebangsaan. Sebagai bukti, kecergasan pemain yang terpilih untuk skuad kebangsaan untuk menentang UAE baru-baru ini sangat mendukacitakan sedangkan pada ketika itu liga telah pun berlangsung. Bayangkan dari sejumlah pemain yang diuji kecergasan oleh ISN, hanya dua sahaja pemain yang cergas 100%. Kenapa??? Kamu fikir la betul-betul.

Kalau pun kita dapat Jose Maurinho atau Dunga sebagai jurulatih sekalipun, bola sepak negara kita tetap akan sama juga andai senario yang saya perkatakan di atas ini tidak berubah. Secara kesluruhannya, pemecatan Sathia hanya melalui SMS merupakan satu tindakan yang kurang ajar dari Datuk Azzudin. Satu tindakan yang memang tidak profesional!!! Ia sama la seperti isteri melalui SMS bila takut bersemuka dan takut menghadapi situasi sebenar. FAM pengecut.

FAM singkir Chin Aun, Sathianathan



KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memecat jurulatih kebangsaan, B Sathianathan dan Pengurus Pasukan Kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun, dipercayai mempunyai kaitan dengan kekalahan teruk skuad negara kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada kelayakan Piala Asia, bulan lalu. Keputusan menyingkirkan Sathianathan dan Chin Aun yang juga bekas ketua pasukan negara, dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Eksekutif FAM yang dipengerusikan presiden badan induk itu, Sultan Ahmad Shah di Kelana Jaya, semalam. Walaupun enggan menyatakan secara terbuka faktor yang mendorong penyingkiran Sathianthan, Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad mengakui kelantangan jurulatih itu menyuarakan pandangan hangat dibincangkan pada mesyuarat itu.
Ekoran kekalahan 5-0 skuad negara kepada UAE pada 21 Januari lalu, Sathianathan menggemparkan banyak pihak apabila menyatakan Liga Malaysia bukan bola sepak sebenar. Redzuan berkata, FAM berpendapat sudah tiba masanya badan induk itu memberi peluang kepada muka baru menjadi jurulatih skuad kebangsaan. “Kami akan mengumumkan jurulatih baru skuad kebangsaan dalam masa terdekat dan Sathianthan akan diberi notis sebulan,” katanya,
Redzuan berkata, FAM memberi keutamaan kepada pengendali tempatan untuk menggantikan Sathianathan, manakala Naib Presiden FAM, Datuk Gulzar Mohamad akan mengisi tempat Chin Aun. Mengenai kekeliruan berhubung penyingkiran Chin Aun kerana pada dasarnya beliau hanya penolong pengurus skuad kebangsaan dan jawatan pengurus sebenarnya disandang seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin, Redzuan menjelaskan: “Khairy sudah menyerahkan tugas itu kepada Chin Aun tahun lalu, tetapi tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai pelantikan Chin Aun sebagai pengurus pasukan.”