Kenyataan jurulatih kebangsaan Satianathan selepas perlawanan menentang UAE lepas mengatakan Liga Bola Sepak Malaysia bukan bola sepak kemungkinan besar faktor dia dipecat. Kekalahan skuad kebangsaan kita kepada UAE memang sudah dijangkakan oleh ramai. Tapi kekalahan besar 5-0 agak sukar diterima oleh kebanyakan peminat bola sepak tanah air.
Tapi secara rasioanlnya, apa yang dikatakan oleh Satianathan ada benarnya. Liga Malaysia yang sekarang ini secara keseluruhannya menampilkan aksi permainan sama seperti Liga Divisyen 4 di Eropah. Bahkan Liga Bola Sepak New Zealand lebih baik daripada liga negara kita berdasarkan penampilan wakil mereka di Kejohanan Kelab Dunia di Jepun.
Apa yang perlu dilakukan untuk mengembalikan era kegemilangan bola sepak negara kita? Secara jujur dan tepatnya ialah perubahan pada Ahli Tertinggi Badan Induk FAM. Bagi saya orang pertama yang perlu berundur presiden FAM itu sendiri, Sultan Ahmad Shah. Tolong lah letak jawatan tuanku. Secara realitinya Baginda telah berkhidmat berpuluh tahun dalam FAM. Mungkin di awal 10 tahun pertama, idea baginda mungkin mampu mengeluarkan banyak idea-idea yang mampu membantu prestasi bola sepak negara. tapi sekarang sekarang dah sampai masanya untuk baginda mengundur diri untuk memberikan laluan kepada "Orang Baru". Cadangannya ialah, FAM jangan terlalu bergantung kepada ahli politik untuk membangunkan bola sepak tanah air. Gunakan bekas-bekas pemain tanah air untuk membangungkan bola sepak negara kerana mereka mempunyai pengalaman yang banyak dalam bola sepak baik di dalam permainan atau pengurusan. Bukan seperti baginda yang hanya boleh melihat perlawanan dari kerusi VIP di stadium lepas itu komen ini itu tentang bola sepak. Sejak Satianathan melatih skuad negara, ada berapa kali baginda datang turun padang untuk memberi sokongan kepada skuad negara?
Bagi saya, jika tampuk pemerintahan Tuanku Baginda Sultan Ahmad Shah dalam FAM tidak mahu tamat, maka prestasi skuad bola sepak negara akan terus merundum selagi Tuanku Baginda presiden FAM. Mohon Tuanku Berundur Dari Kerusi Presiden FAM. Ampun Tuanku.
Hai jurulatih-jurulatih negeri, kelab @ semua pasukan yang bermain dalam liga negara ini. Kamu semua jangan cuba-cuba atau pandai-pandai mahu komen itu ini tentang pemecatan Sathianatan. Kamu semua juga perlu dipersalahkan atas kegagalan bola sepak negara kita di pentas antarabangsa. Kenapa? kerana kamu semua gagal menyediakan pemain yang benar-benar berkualiti kepada skuad kebangsaan. Sebagai bukti, kecergasan pemain yang terpilih untuk skuad kebangsaan untuk menentang UAE baru-baru ini sangat mendukacitakan sedangkan pada ketika itu liga telah pun berlangsung. Bayangkan dari sejumlah pemain yang diuji kecergasan oleh ISN, hanya dua sahaja pemain yang cergas 100%. Kenapa??? Kamu fikir la betul-betul.
Kalau pun kita dapat Jose Maurinho atau Dunga sebagai jurulatih sekalipun, bola sepak negara kita tetap akan sama juga andai senario yang saya perkatakan di atas ini tidak berubah. Secara kesluruhannya, pemecatan Sathia hanya melalui SMS merupakan satu tindakan yang kurang ajar dari Datuk Azzudin. Satu tindakan yang memang tidak profesional!!! Ia sama la seperti isteri melalui SMS bila takut bersemuka dan takut menghadapi situasi sebenar. FAM pengecut.
Wednesday, February 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment