Tuesday, July 21, 2009

Sambung Cuti Lagi....

Ops saya dah berangan-angan dah untuk kembali bertugas ke sekolah kat Pulau Balambangan, namun hasrat itu tak tercapai kerana khidmat saya diperlukan oleh Jabatan Pelajaran sabagai pemain bola sepak untu kejohanan PSKPPS tahun ini. Memang dah berniat untuk kembali mewakili Kudat tahun ini tapi tak sangka pula dipanggil semua sedangkan terlalu ramai lagi pemain lain yang boleh bermain lagi baik dari saya. Mungkin kerana displin yang ada pada diri saya kot. hehehehe koto..... apa pun saya tetap happy. Semasa slot ini ditulis saya baru siap latihan pusat dan sedang berehat sebab kejohanan ini akan esok. Semoga kami dapat memperbaiki kedudukan kami pada tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Kudat Boleh.....

No comments: