Thursday, February 5, 2009

Mana Standard Bola Sepak Kita????

Masih lagi merasakan tempias dan sia-sia kekalahan memalukan kepada Vietnam di Piala AFF & UAE di kelayakan Piala Dunia, ya memang terasa sangat.

Apa yang harus kita perkatakan sekarang ialah dimanakah standard bola sepak liga negara kita?

Mengimbau kembali pada kualiti dan prestasi liga bola sepak negara kita di era 8oan dan awal 90an, kita boleh mendabik dada menbanggai bola sepak kita pada masa itu, kalau di Asia sahaja nama Malaysia dalam kancah bola sepak boleh mengerunkan negara-negara seperti Korea Selatan, Iran, Jepun bahkan Thailand adalah pasukan belasahan kita.... England pula walaupun sekadar menghantar pasukan B kebangsaan mereka pada tahun 1994 namun mereka pulang dengan meninggalkan sejuta hamburan pujian kepada skuad bola sepak negara kita kerana kejayaan pasukan kebangsaan kita merobek gawang mereka dengan 2 jaringan yang mengkagumkan.

Tapi sayang seribu kali sayang, tinggal sayang tinggallah pujaan. Semuanya kini telah berlalu. Agak mustahil untuk kita melihat pemain negara kita kembali untuk merobek gawang England walaupun hanya menentang skuad bawah 21 tahun mereka. Sedang Thailand yang dulu mangsa ngaumam Harimau Malaya kini berulang kali membaham kita dengan rakusnya di gelanggang hijau. Lihat sahaja kualiti permaianan mereka semasa perlawanan menentang Iran dalam kelayakan Piala Dunia yang lalu, mereka berjaya mengekang Iran untuk berkongsi mata hasil keputusan 0-0 hasil permainan mereka yang berkualiti dan mantap. Jika dibandingkan dengan Malaysia, 6 kali ganda jauh lebih baik.

Ketika pasukan Asean yang lain kini semakin berkembang maju dalam bola sepak, kita pula masih terkapai-kapai mencari fomula untuk membina pasukan kebangsaan yang mantap.

Liga kita pula, walaupun perubahan demi perubahan yang dilakukan untuk memantapkan saingan bola sepak tempatan, namun tidak keterlaluan saya katakan bahawa sikap inginkan kejayaan dalam sekelip mata rata-ratanya menguasai kesemua badan-badan bola sepak negara. Melakukan perancangan jangka pendek tapi abaikan perancangan sepanjang zaman. Pelbagai alasan dibuat bila mendapat keputusan yang mengaibkan. Paling teruk, letak jawatan angkara mengelak terus dipersalahkan dengan alasannya bertanggungjawab atas perkara yang berlaku tapi sebenarnya jalan singkat untuk melarikan dari masalah tersebuta. Dengan kata lain Lepas Tangan.

Kesimpulannya, standard bola sepak negara kita di paras yang boleh dikatakan sebagai biasa-biasa saja. Kini liga Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia jauh meninggalkan kita. Bukitnya lihat saja pada carta rangking bola sepak dunia, lihat mereka di tangga berapa dan kita di mana pula? Memalukan!!!!!

No comments: