Hai
Akhirnya berakhir juga pelepasan saya untuk menjalankan tugas rasmi kokurikulum mewakili Jabatan Pelajaran Daerah Kudat dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis IPD Kudat.
Jabatan Pelajaran Daerah diletakan dalam kumpulan B bersama dengan pasukan-pasukan yang hebat iaitu PGA, Pejabat Daerah & Lembaga Bandar Kudat.
Perlawanan pertama kami menewaskan pasukan Lembaga Bandar Kudat dengan 3-0, perlawanan kedua seri dengan Pejabat Daerah Kudat 1-1 dan seri dengan PGA 2-2 pada perlawanan terakhir kumpulan. Saya bermain semasa menetang Lembaga Bandar Kudat & PGA.
Pertemuan separuh akhir amat diimpikan tapi malangnya kami tewas 1-3 kepada pasukan Kesihatan. Bermain pada perlawanan ini tetapi dilayangkan kad kuning kerana terjahan kepada striker kesihatan yang lincah. Bagus antam dari kena bolos. hehehe
Perlawanan penentuan separuh akhir, menemukan kami dengan pasukan PDRM. Kami turun sebagai pasukan underdog kerana ramai pemain utama kami tidak dapat datang kerana kometmen lain. lebih memeritkankan kami cuma cukup-cukup 11 orang untuk sepasukan. Dalam hati sebelum main, harap-harap tidak la kena belasaha ni. Lawan kami bukan alang-alang power juga. Dalam perlawanan ini saya yang selalunya bermain sebagai benteng terakhir dalam pasukan diletakan sebagai pemain tengah serangan.
bermain masa pertama, baru 30 minit dah tiada nafas oh. tengok kat luar tiada pemain simpanan tepaksa tahan juga. tapi dah dapat kad kuning. permainan tak lah bagus sangat.
Masuk masa kedua, akhirnya dapat juga lakukan gerakan-gerakan yang baik membantu pemain serangan. tapi 5 minit sebelum tamat perlawanan, aku dah cedera dah. kaki kejang sebab tak cergaskan. akhirnya kami berjaya memangi perlawanan ini dengan keputusan 2-0 hasil jaringan radi dan robert pada masa pertama. Ucapan tahniah yang tidak terhingga buat Zaidin goalkeeper pasukan yang berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti PDRM.
Akhirnya dapat juga la medal gangsa untuk tempat ke-3.
PSKPPS Bahagian Utara sasaran seterusnya...