Monday, November 10, 2008

12 November 2008

Ya. Tarikh ini amat bermakna bagi ku, bagi yang tahu pastinya faham akan tarikh ini.

Sejujurnya ini adalah tarikh lahir saya. Pertama dan terakhir kali saya menyambut atau meraikan hari lahir pada 1999. 9 tahun lepas. Setiap kali tarikh ini menjelma saya hanya memanjatkan ucapan syukur saya kepada yang maha esa kerana berkat dan kasih karunianya saya masih ada di dunia ini dengan sihat dan baik sampai sekarang. Saya agak ganjil jika ada keraian untuk tarikh ini, sebab saya bukan jenis yang mahu meraikan harijadi dengan taksub atau melampau-lampau. Yang saya terfikir bila tarikh ini tiba, berapa tahun lagikah saya akan hidup?, Selama ini, adakah hidup saya diberkati atau bagaimana?

Pro & Kontra tarikh ini pada tahun ini sebenarnya ada.

Buat ungu, maaf sebab merosakkan mood birthday ko yang lepas.

Terima kasih dengan apa yang terjadi sekarang, sekurang-kurang ko telah menghadiahkan saya seribu keinsafan dan kesedaran yang ternilai harganya bagi ku.

Mungkin pedih bagi ku tapi mampu untuk saya berfikir apa kah rasionalnya kejadian ini berlaku. Terima kasih kerana buat saya knock down. Apa yang ko berikan membuatkan saya bertambah matang dan selalu tunduk berfikir serta merenungkan diri ini bagaimana sebenarnya.

Itu adalah hadiah yang paling bermakna bagi saya untuk memempuhi hidup sebagai seorang dewasa. Saya akui banyak bersalah dan membuat khilaf.

Sebenarnya apa yang telah berlaku ini berjaya merubah hidup saya ini hampir dalam segenap perkara. Memang pedih dan ngilu tapi saya kena berdepan juga dengan realiti kehidupan ini. Sekurang-kurangnya ada lagi insan di dunia ini berjaya dan mampu mengscan virus dalam hidup ini.

Setelah kehilangan wanita nombor satu dalam hidup ini 2 tahun lepas, saya tidak menyangka akan ada lagi insan serupa dia yang akan saya temui.

Ya saya mahu memilikinya. Tapi who am i? satu dunia tahu yang saya ini lelaki yang bagaimana? hanya akan dipilih bila hanya saya seorang saja di muka bumi ini kali. Saya tak mampu untuk menambat kepercayaannya lagi. Saya akui terlalu lemah untuk ini, terlalu naif untuk mengerti dan menghargai sesuatu. Ya lah, saya hanya the last tanak momogun yang serba kenaifan dan kekurangan. Pendek kata gagal. Tak macam lelaki melayu terakhir. hehehe........ ketawa sendiri untuk sedapkan hati.

No comments: