Greeeeeger… greeeeeger… greeeeeger…
Handpone zaman batu saya ber”vibrating”, tandanya tu adalah mesej masuk hehehe.. Dengan pantas saya membacanya rupanya sms daripada CC saya.. terkejut dan cemas saya menghayati
“Malam Can, kau taukah, petang tadi kelang kabut kami, C Utad(Fadzri), Mark, Azizi dan Roslan karam masa keluar..Nasib baik sempat d selamatkan. PPD pun kecoh dah…”
Begitu lah bunyi sms yang sampai…..
Tanpa membuang masa, jari jemari saya yang pantas menekan butang-butang nombor pada handphone purba saya mendail nombor CC saya.
Hello.
Hah Can kenapa tu?
“Macamana boleh jadi macam tu?” saya memulakan pertanyaan.
“Tu bot pecah bah tu. Dorang telanggar kayu hanyut di laut. Jadi pecah la tu bot. Dorang karam di perairan Tanjong Kapor dah, dekat dah. Pas tu dorang hanyut dekat pantai Bak-BaK” CC saya menjelaskan keadaan sebenar.
“Bot mana satu yang dorang bawa?” saya meneruskan pertanyaan.
“Bot REALITI.” CC saya menjawab pendek.
“Jadi macamana kamurang tau dorang karam?’ saya bertanya lagi
“sebelum karam C Mark sempat telefon c Mohammad di Kudat. Masa tu C Mohammad baru mau masuk masjid mau sembahyang jumaat. Nasib dia belum masuk lagi. Kemudian dia dengan C Jong p cari dorang, saya dengan c Sam pula ke Polis Marin buat report mau minta tolong. Semua pegawai atasan PPD Kudat pun pigi sana rumah Cikgu Ramli mau tau apa yang terjadi.”CC menjelaskan.
“Lepas tu?” Dengan Penuh minat saya terus bertanya.
“C Jong dengan C Mohammad jumpa dulu dorang terapung sambil berpegang tangan di perairan pantai Bak-Bak. Setelah Dorang kena kasih selamat, baru tu Polis Marin Sampai. Ada juga lah dalam 1jam lebih dorang terapung dilaut. C Aziz kalau lambat saja dorang sampai macam bikin risau juga dia sebab macam mau-mau je…… hisk kesian raya dorang. Bot dengan Enjin sangkut kita hilang hanyut ke perairan Pulau Banggi. Ikan masin 3 kotak, madu 30kg, laptop dua buah, handphone 4 buah hangkang dan hilang.” CC menjelaskan lagi.
“Kesian juga dorang tau, bah terima kasih ah, patut pun tadi tengah hari hati saya macam tidak sedap ni, macam lain-lain. Saya asyik ingat dorang C Utad oh. Rupa-rupanya ini pula yang jadi.” Saya meneruskan perbualan.
“Apa boleh buat Can”. CC menjawab.
“Bah k lah, thanks sebab bagi tau, saya p call dorang dulu tanya apa mcam da dorang”.
Ok…
Perbualan tamat.
Kemudian saya menelefon mangsa-mangsa yangh karam, syukur juga la sebab dorang semua ok dan masih juga boleh tergelak dan ketawa.
Saya menceritakan peristiwa itu kepada Bapa saya dengan muka yang pucat dia mendengar cerita itu. Syukur juga ko tidak terikut dengan dorang dia bercakap dengan nada yang cemas. Saya tau bapa saya risau tapi semua dah saya serahkan pada TUHAN.
Thursday, October 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
moralnya ialah-kmu patut buat lapangan terbang di pulau tu..pas tu minta air-asia masuk sana..nw evry1 can fly maa..klu nda pn kmu minta la Pak Lah feri. yg benar2 realiti.REALITI BO..
CiLaKak Ko CanVen.. iTu PuN ko MaU KaSi CriTA di BlOg Ko Ka?? iSh3x
Post a Comment