Tuesday, September 23, 2008

SHERLIANA GEDIUN


Siri 1

‘Nang kau tau, mertua si Faih jumpa mayat perempuan di tempat pembuangan sampai di Telipok dengan dua kesan tikaman, tangan terikat dan tanpa kaki sebelah dah” Gadis Dusun yang sedang menuntut di IPG Kent Tuaran menceritakan sesuatu isu yang menarik pendengaran gegendang telinga saya.

“Yang jam 3 petang dah dia jumpa”, Gadis itu meneruskan bait-bait ceritanya. Hanya pada mulanya sahaja saya terpegun mendengar ceritanya dan akhirnya saya buat tidak kisah sahaja sebab mungkin tak tertarik dah kes sebegitu.

Kemudian kami bergegas ke terminal kereta sewa dan sapu ke Kota Marudu dari Kota Kinabalu, setelah itu kami bergerak ke Kota Marudu dengan iringan hujan yang lebat di Bandaraya Kota Kinbalu.

Kerana tidak memiliki jam di tangan malah handphone pun dan KO, so tak tau jam berapa dah sampai kat Kota Marudu, daerah kandung ku. Tanpa berlengah saya ke parking untuk mencari kereta tumpangan untuk balik ke kampung. Aku meninggalkan C Gadis tadi dengan Cikgu Surubi berteduh di Pig Market. Aku pula bergegas ke More Chance untuk membeli sesuatu. Setelah itu, saya kembali ke pasar dan dalam kekuyupan hujan, saya mendengar Gadis menceritakan ceritanya tadi kepada Cikgu yang baru sahaja bersara dari perkhidmatan pada April lepas.

Tiba-tiba aku terkejut bila Cikgu pencen tadi menyebut beberapa nama yang memang sangat saya kenali bahkan rapat.

Jantung saya berdegup kencang, hati ini pula terasa sangat ngilu dan pedih. KESIAN…. Perkataan ini terlafaz dari hujung bibirku.

Rupa-rupanya Mayat yang ditemui oleh mertua kepada kawan Gadis tadi adalah seorang yang sangat saya kenali bahkan rapat. Saya seolah-olah tidak percaya bahawa kejadian ini menimpa dia, kenapa dia? Setahu saya dia seorang gadis yang sopan, baik dan tidak sosial sangat. Tidak ku duga mayat itu adalah “SHERLIANA GEDIUN”, adik kepada salah seorang classmate saya di sekolah menegah dulu. Gadis yang sering menjadi usikan kami kerana mempunyai nama panggilan yang serupa dengan kawan sekelas saya.

Ya Tuhan kenapa sekejam ini dia diperlakukan.

Lagi memeritkan keluarganya, dia sepatutnya menjadi pengapit kepada kakaknya Saimeh Gediun (classmate) yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari merdeka lalu, 31-oGos-2008. Saya pasti, tarikh ini akan menjadi tarikh yang amat pedih bagi mereka. Kegembiraan yang sepatutnya menghiasi keluarga ini tiba-tiba bertukar kepada mendung kesedihan dan trauma. Apa tidaknya, kehilangan satu-satunya ahli keluarga yang menjadi harapan mereka, anak tunggal yang berjaya membawa harapan keluarga ke menara gading. Bagi saya sendiri, kehilangannya merupakan satu kehilangan kepada Negara, terutamanya kepada bangsa Sabah, kerana kehilangaan seorang bakal pendidik yang sepatutnya akan membantu memartabatkan anak bangsa kita.

Semoga Tuhan membuka jalan untuk pihak polis mengesan dan memberkas orang-orang yang bertanggungjawab dalam kes ini, seterusnya membawa ke muka pengadilan.

Saya berdoa kepada Tuhan agar keluarga Encik Gediun sentiasa diberkati dan diberikan damai sukacita walaupun menghadapi dugaan yang perit ini.

5 comments:

Anonymous said...

kadang-kadang ada manusia lebih bersikap binatang dari binatang. Sabar ja aku..

Marlene Mersuji said...

aie..e2lah jg tu ven...apa lagi klu kwn2 yg pernah dgn kita dlu..ee..tkt sy..kawan makan kawan kn...

The Last Tanak Momogun said...

mualu-ulau ngawi ti tongo tulun baino. koira no doitilo di. Matai oboh. uli alai

Marlene Mersuji said...

eeeeeee....kana putung lah lolok drg tue...

The Last Tanak Momogun said...

3 suspek dah kena tangkap. tapi suspek utama dah lari p indon. tapi tak lama jga dia lari tu nanti. polis bakar mah loloq dorg masa soal siasat.