Monday, October 27, 2008

Kita Kenal Juga Akhirnya

Wow!!!!!!!

Akhirnya pada tanggal 26-10-2008 saya berjaya mengenali seorang yang selama ini hanya saya dengar dan lihat. Dengar dari bicara sang kekasih tentang dirinya dan melihat wajahnya yang ayu dan sopan di laman maya ini. Pertemuan yang sesingkat 10 minit itu berjaya juga untuk saya menilai dan mengagak bagaimana kah dia sebenarnya, yang selama ini hanya saya dengar tentang perwatakan dan keperibadiannya. Nyatalah apa yang saya dengar dan lihat selama ini adalah benar dan bukan cerita yang hanya direka semata-mata oleh sang kekasih.

Suaranya.....wow!!!!! hehehehehe

Ini mesti si perindu pulau kan..... ni dia cakap kat saya.

Saya melihat dia seorang yang..............

1. Ayu
2. Sopan
3. Mungkin juga gadis yang jadi rebutan

dan yang saya rasa dan nampak:

Seorang yang Pemalu...... hehehe (betul kah tu ah.....)

Saya nak juga bercerita dengan dia masa tu tapi mungkin keadaan yang tidak mengizinkan kali kan......

Nanti jumpa nak juga becerita dengan dia ni walaupun saya tak tau apa topik yang nak diceritakan.

Apa pun saya sebenarnya nak ucapkan welcome back to sabah. Seorang anak dusun yang kembali dengan sejuta ilmu di dada untuk di curahkan kepada anak bangsa di tanah tumpah darahnya.

So selamat maju jaya saya ucapkan kepada gadis kimaragan kota marudu,Cathrine Masingan @ Cik Kay si gadis pemalu tapi berilmu. Diam-diam ubi berisi.

Ungu sangat menghargai persahabatan dengan cik kay seperti mana saya menghargai satu-satunya teman baik saya Doy's.

UP: Maaf sebab mempostkan nama ko dalam blog ni tanpa permit.

Thursday, October 2, 2008

Blues Selamanya

“Jadikanlah masa yang
berlalu itu pengalaman
dan pengajaran,
masa yang sedang berjalan
kita isi dengan amalan dan
masa hadapan jangan
terlalu diangan-angankan.”

KARAM DI LAUT CHINA SELATAN

Greeeeeger… greeeeeger… greeeeeger…

Handpone zaman batu saya ber”vibrating”, tandanya tu adalah mesej masuk hehehe.. Dengan pantas saya membacanya rupanya sms daripada CC saya.. terkejut dan cemas saya menghayati

“Malam Can, kau taukah, petang tadi kelang kabut kami, C Utad(Fadzri), Mark, Azizi dan Roslan karam masa keluar..Nasib baik sempat d selamatkan. PPD pun kecoh dah…”

Begitu lah bunyi sms yang sampai…..

Tanpa membuang masa, jari jemari saya yang pantas menekan butang-butang nombor pada handphone purba saya mendail nombor CC saya.

Hello.

Hah Can kenapa tu?

“Macamana boleh jadi macam tu?” saya memulakan pertanyaan.

“Tu bot pecah bah tu. Dorang telanggar kayu hanyut di laut. Jadi pecah la tu bot. Dorang karam di perairan Tanjong Kapor dah, dekat dah. Pas tu dorang hanyut dekat pantai Bak-BaK” CC saya menjelaskan keadaan sebenar.

“Bot mana satu yang dorang bawa?” saya meneruskan pertanyaan.

“Bot REALITI.” CC saya menjawab pendek.

“Jadi macamana kamurang tau dorang karam?’ saya bertanya lagi

“sebelum karam C Mark sempat telefon c Mohammad di Kudat. Masa tu C Mohammad baru mau masuk masjid mau sembahyang jumaat. Nasib dia belum masuk lagi. Kemudian dia dengan C Jong p cari dorang, saya dengan c Sam pula ke Polis Marin buat report mau minta tolong. Semua pegawai atasan PPD Kudat pun pigi sana rumah Cikgu Ramli mau tau apa yang terjadi.”CC menjelaskan.

“Lepas tu?” Dengan Penuh minat saya terus bertanya.

“C Jong dengan C Mohammad jumpa dulu dorang terapung sambil berpegang tangan di perairan pantai Bak-Bak. Setelah Dorang kena kasih selamat, baru tu Polis Marin Sampai. Ada juga lah dalam 1jam lebih dorang terapung dilaut. C Aziz kalau lambat saja dorang sampai macam bikin risau juga dia sebab macam mau-mau je…… hisk kesian raya dorang. Bot dengan Enjin sangkut kita hilang hanyut ke perairan Pulau Banggi. Ikan masin 3 kotak, madu 30kg, laptop dua buah, handphone 4 buah hangkang dan hilang.” CC menjelaskan lagi.

“Kesian juga dorang tau, bah terima kasih ah, patut pun tadi tengah hari hati saya macam tidak sedap ni, macam lain-lain. Saya asyik ingat dorang C Utad oh. Rupa-rupanya ini pula yang jadi.” Saya meneruskan perbualan.

“Apa boleh buat Can”. CC menjawab.

“Bah k lah, thanks sebab bagi tau, saya p call dorang dulu tanya apa mcam da dorang”.

Ok…

Perbualan tamat.

Kemudian saya menelefon mangsa-mangsa yangh karam, syukur juga la sebab dorang semua ok dan masih juga boleh tergelak dan ketawa.

Saya menceritakan peristiwa itu kepada Bapa saya dengan muka yang pucat dia mendengar cerita itu. Syukur juga ko tidak terikut dengan dorang dia bercakap dengan nada yang cemas. Saya tau bapa saya risau tapi semua dah saya serahkan pada TUHAN.

Senyum Senyum Dulu Bah Kita (2)

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak.
New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la.
Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : ?????????????