Tuesday, September 23, 2008

Hai!!!!!!!!!!!!!!!!

Akhirnya berjaya juga saya menjenguk blog saya ini setelah 3 minggu berada di Pulau.
Tiga minggu di Pulau langsung membuat saya terkurung tanpa ada berita atau information yang banyak.

Kat Bawah ni aksi-aksi dan apa yang berlaku di pulau sepanjang 3 minggu saya di sana.


Salah seorang murid tahun 6 yang tekun mejawab soalan peperiksaan UPSR 2008



















Yang sedang bagi tunjuk aksi David Beckham tending bola 2 adalah ikon digi kami kat pulau. Hehe.



Yang ni masa saya ke Hutan cari binatang yang boleh dibuat lauk. Hehe, maklum la milimewa jauh sangat mau beli ayam.















Ah dia pila ni guru J-Qaf sekolah, tengah tunggu saya mau lawan bola sepak, tapi selalu kena belasah.


Dengan murid tahun 3. ni kat dapur rumah dorang ni ha, minta pisang dan ubi.

SHERLIANA GEDIUN


Siri 1

‘Nang kau tau, mertua si Faih jumpa mayat perempuan di tempat pembuangan sampai di Telipok dengan dua kesan tikaman, tangan terikat dan tanpa kaki sebelah dah” Gadis Dusun yang sedang menuntut di IPG Kent Tuaran menceritakan sesuatu isu yang menarik pendengaran gegendang telinga saya.

“Yang jam 3 petang dah dia jumpa”, Gadis itu meneruskan bait-bait ceritanya. Hanya pada mulanya sahaja saya terpegun mendengar ceritanya dan akhirnya saya buat tidak kisah sahaja sebab mungkin tak tertarik dah kes sebegitu.

Kemudian kami bergegas ke terminal kereta sewa dan sapu ke Kota Marudu dari Kota Kinabalu, setelah itu kami bergerak ke Kota Marudu dengan iringan hujan yang lebat di Bandaraya Kota Kinbalu.

Kerana tidak memiliki jam di tangan malah handphone pun dan KO, so tak tau jam berapa dah sampai kat Kota Marudu, daerah kandung ku. Tanpa berlengah saya ke parking untuk mencari kereta tumpangan untuk balik ke kampung. Aku meninggalkan C Gadis tadi dengan Cikgu Surubi berteduh di Pig Market. Aku pula bergegas ke More Chance untuk membeli sesuatu. Setelah itu, saya kembali ke pasar dan dalam kekuyupan hujan, saya mendengar Gadis menceritakan ceritanya tadi kepada Cikgu yang baru sahaja bersara dari perkhidmatan pada April lepas.

Tiba-tiba aku terkejut bila Cikgu pencen tadi menyebut beberapa nama yang memang sangat saya kenali bahkan rapat.

Jantung saya berdegup kencang, hati ini pula terasa sangat ngilu dan pedih. KESIAN…. Perkataan ini terlafaz dari hujung bibirku.

Rupa-rupanya Mayat yang ditemui oleh mertua kepada kawan Gadis tadi adalah seorang yang sangat saya kenali bahkan rapat. Saya seolah-olah tidak percaya bahawa kejadian ini menimpa dia, kenapa dia? Setahu saya dia seorang gadis yang sopan, baik dan tidak sosial sangat. Tidak ku duga mayat itu adalah “SHERLIANA GEDIUN”, adik kepada salah seorang classmate saya di sekolah menegah dulu. Gadis yang sering menjadi usikan kami kerana mempunyai nama panggilan yang serupa dengan kawan sekelas saya.

Ya Tuhan kenapa sekejam ini dia diperlakukan.

Lagi memeritkan keluarganya, dia sepatutnya menjadi pengapit kepada kakaknya Saimeh Gediun (classmate) yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari merdeka lalu, 31-oGos-2008. Saya pasti, tarikh ini akan menjadi tarikh yang amat pedih bagi mereka. Kegembiraan yang sepatutnya menghiasi keluarga ini tiba-tiba bertukar kepada mendung kesedihan dan trauma. Apa tidaknya, kehilangan satu-satunya ahli keluarga yang menjadi harapan mereka, anak tunggal yang berjaya membawa harapan keluarga ke menara gading. Bagi saya sendiri, kehilangannya merupakan satu kehilangan kepada Negara, terutamanya kepada bangsa Sabah, kerana kehilangaan seorang bakal pendidik yang sepatutnya akan membantu memartabatkan anak bangsa kita.

Semoga Tuhan membuka jalan untuk pihak polis mengesan dan memberkas orang-orang yang bertanggungjawab dalam kes ini, seterusnya membawa ke muka pengadilan.

Saya berdoa kepada Tuhan agar keluarga Encik Gediun sentiasa diberkati dan diberikan damai sukacita walaupun menghadapi dugaan yang perit ini.

Senyum Senyum Dulu Bah Kita Sekejap



1. Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami: Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu? Suami : Kenapa? Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu? Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

2. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kan bang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ". Si suami tiba - tiba marah dan berkata .......... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Pada Waktu Nya

Aku meminta kepada TUHAN
Setangkai bunga segar

Dia memberikan Aku
Kaktus yang berduri…

Aku meminta Kupu-Kupu
Namun Dia berikan Aku
Ulat…

Aku sangat kecewa dan sedih
Tapi Aku tetap bersyukur
Dan bersabar…

Namun…
Tidak lama kemudian
Kaktus itu berbunga indah sekali..

Dan Ulat itu menjadi
Kupu-Kupu yang sangat CANTIK…

Begitulah Tuhan mengasihi saya..
Balasan yang indah itu akan tiba
Pada Waktunya….

p/s:
Saya bersyukur atas kebaikan NYA dalam hidup ini. Tidak lupa kepada INSAN yang memberikan ungkapan kalimat kehidupan ini.

Kalau Kita Menjadi Kayu

Abdul rahim idris

Kalau kita menjadi kayu
Biarlah jadi gaharu atau cendana
Wangi dan bernilai tinggi
Atau paling tidak
Jika terpaksa, cukuplah jadi kayu api
Asal punya HARGA DIRI

Tetapi, jika mahu jadi kayu majal
Keras dan padu
Seperti cengal, keruing atau meranti
Itu juga pilihan mu

Cuma
Jangan pula nanti
Sampai sanggup jadi hulu
Yang rela diperkuda kapak
Hingga tergamak menetak
Akaum sendiri…

Mingguan Malaysia
27 Februari 2005